Monday, 25 July 2011

Cara-Cara Melayan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Petua Islam : Mecari Jodoh

jeng jeng..terase gatal sangat ke nak kasi petua cari jodoh ni ? haha..tak de la..buat panduan kan ? tak salah pon..ehe..jom jom bace petua cari jodoh cara islam :)
pssttt,pos ni panjang gilos..haha..


1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang menanti Dan biasanya ianya Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib berusaha. Doa, usaha yang Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan Menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu  jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti ?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah Untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua Orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, Bersedekah Dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan anda akan menarik sayang Terhadap anda. Jika anda membenci orang,ditakuti bakal pasangan anda Akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, Kita perlu sentiasa Dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang Terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan Bakal pasangan anda.

10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa Bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan Hubungan Mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih Sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang Dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini Secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati sebab lewat menyatakan Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu Menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan Walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra Danbersemangat menggunakan lidah,Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan Terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuanKepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri Sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan Rasa selesa.

18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada Bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada Kita.

19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandaimendampingi orang lain Dan Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang Menyebabkan orang benci kepada Kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih Ada perasaan
Benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau
Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan Dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan redha dengan setiap pemberian Lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki Janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan Dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan Dan kesilapan kecil yang Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal Pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan bahasa badan yang penuhKemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang Ada persamaan Dan Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat. Terlalu banyak persamaan Membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang Ada sikap Dan Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang Anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan denganberbual Dan bercakap. Lelaki
Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
Kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal
pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan
kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman ? bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih
prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan
terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya
mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan
yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia
merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas Dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci Dan Banyak yang tersirat.



ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.
Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.
Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?
Kasih sayang daripada ibu bapa.

Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.

Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.
Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?

Sikap dari segi kewangan.

Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

Friday, 22 July 2011

Kejayaan Seorang Lelaki Kerana Wanita Yang Menyokong Di Belakang

Mungkin anda pernah mendengar ungkapan lain yang seumpamanya, "kejayaan seorang suami adalah kerana isteri yang menyokong dari belakang .." .. dan lain-lain-lain ... yang mengaitkan kejayaan seorang lelaki dengan wanita yang menyokongnya.

Benarkah ini? Mungkin ia benar, mungkin tidak.

Namun dalam konteks sirah nabi, Rasulullah pernah bersabda, "Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Dia menolongku di saat orang-orang mengusirku. Dia mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku." Kata-kata itu adalah pujian baginda kepada Khadijah. (maksud hadith)

Khadijah menyokong beliau di awal perkembangan Islam.

Persoalannya kedua, ungkapan di atas tu ditujukan kepada siapa ek?

Kepada si lelaki (atau suami atau anak lelaki) supaya jangan lupa jasa wanita ( atau isteri atau ibu) ?

Atau kepada si wanita (atau isteri atau ibu) untuk memberi sokongan kepada lelaki (atau suami atau anak lelaki) sehingga berjaya?

Pernah terfikir ?

Jika Si Dia Bukan Milikmu

Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”

Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.
Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

BERIMAN DENGAN TAKDIR
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.
Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.
Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

AMAL DAN TAKDIR
Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.
Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”
Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.
Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.
* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).
* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
{Riwayat Bukhari}

BUKAN USAHA TETAPI DOA

Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. ” {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}
Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab”. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. ”
Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}
Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.
taif_large.jpgSemasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.
Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}
Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

KESIMPULANNYA
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

Saturday, 2 July 2011

Ingin Bahagia Bersama Diri Mu., Sayang..

tiap kali aku bgn pg, aku mesti pndg gmbr dia dulu.. ntah knp tiap2 pagi, aku rasa takut sgt kehilangan dia.. aku selalu terfikir, "adakah dia masih milikku pd hari ini".. ntah knp soalan tu sentiasa bermain di benak fikiran aku.. soalan ada tapi jwpn tak ada plak, huisshhh.. nasib baik la, aku ada kwn yg memahami.. nama dia Jessie.. hari2 dia bg semangat pd aku.. dia kata, "kau jgn risau, dia masih milik kau pd hari ini & selamanya.."
lega aku bila dgr macam tu (ye kot lega).. huhu..
tapi aku bersyukur sgt2, di saat aku menulis nota ini, dia masih milik aku.. hehe..
:) wink3..

..Jessie Farhanim..

kitaorg kenal pada 1 Januari 2010.. umur dia 21.. dulu, dia ada diploma in event management.. tp dia kata, satu pun dia tak ingat pasal event mangement (mmg sengal kn).. ha3.. dia ni anak sulung dari 4 beradik.. dia dah bertunang.. tapi still mcm budak2 lagi.. wink3.. dia kata, time ni la dia nk enjoy.. lepas kawin, tak boleh dah.. haha.. kami duk serumah.. dia mmg suka riuhkan rumah dan ceriakan hidup aku.. aku syg sgt kat dia (syg sbg kwn je la, huhu).. dia lah segala-galanya bagi aku.. dia lah penceria hidup aku.. dia baik sgt2.. dia paling tak suka tgk aku sedih2.. kalau aku sedih, dia akan hilangkan kesedihan aku dgn pantas.. itu je la pasal dia.. sekian, terima kasih..

korang mesti nak tau sape yg aku maksudkan.. betul tak? wink3..
dia lah JESSIE FARHANIM..
thanks for everything, jes.. i really appreciate it.. :)

Puisi Cinta Mu..

Andainya Pagi Tiada Mentari, 
Namun Kau Tetap Menyinari Hari,
Walaupun Kau Tiada Di Sisi Ku Lagi, 
Akan Ku Kenang Setiap Memori Yang Indah Di Hati..